Wednesday, August 12, 2009

Pertandingan Badminton MAKSAK Sarawak Antara Kelab Gabungan 2009

Pada 06 - 09 Ogos 2009, seramai 11 orang ahli - ahli kelab ini telah menyertai Pertandingan Badminton MAKSAK Sarawak Antara Kelab Gabungan 2009 anjuran Yayasan Sarawak. Pertandingan telah diadakan di Stadium Perpaduan, Petrajaya. Pertandingan ini telah disertai sebanyak 24 pasukan dan setiap kumpulan terdiri daripada kepada 8 pasukan. Pasukan badminton JUPEM telah ditempatkan di kumpulan H bersama - sama PSKPP dan UiTM. Pengurus pasukan badminton JUPEM ialah En. Mohd. Redzuan b. Abd. Rahim. Senarai pemain - pemain badminton JUPEM adalah seperti berikut:

1. Tuan Hj. Anuar b. Hj. Sulaiman
2. En. Jamaludin b. Md. Zin
3. En. Razali b. Hassan
4. En. Suhaili b. Junaidi
5. En. Bong Shau Fui
6. En. Mohd. Fauzan b. Su'ut
7. En. Sarbini b, Annuar
8. Pn. Jimbur Andrew Bugis
9. Pn. Norita bt. Atek
10. Pn. Sabrina Saginal
11. Pn. Rogayah bt. Saili

Perlawanan dimulakan dengan menentang pasukan badminton daripada UiTM. Pasukan kelab ini bermula dengan baik dengan mendahului UiTM dengan 2 - 1. Mata kemenangan pertama diperolehi daripada pasukan bergu veteran kelab yang terdiri daripada Tuan Hj. Anuar b. Hj. Sulaiman dan En. Jamaludin b. Md. Zin. Manakala mata kedua pula diperolehi daripada pasukan bergu lelaki yang diwakili oleh En. Suhaili b. Junaidi dan En. Bong Shau Fui. Walau bagaimanapun UiTM berjaya merapatkan jurang seterusnya memenangi perlawanan tersebut melalui perseorangan wanita, double wanita dan perseorangan lelaki dengan kiraan mata 2 - 3. Pada sebelah petang, pasukan JUPEM menentang pasukan PSKPP di mana pasukan JUPEM kecuncang 0 - 5. JUPEM tewas pada pertandingan tersebut, ia secara tidak langsung menjadi salah satu cara untuk pasukan badminton JUPEM untuk membaiki kelemahan - kelemahan yang ada sebelum ke PESUMA ke-28 nanti.


0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger