Tuesday, August 25, 2009

Kepada Ahli - Ahli KSK,

Untuk makluman semua, format borang sumbangan kebajikan telah dipinda. Sehubungan itu, sebarang permohonan sumbangan kebajikan bolehlah menggunakan format terkini.








Wednesday, August 12, 2009

Pertandingan Badminton MAKSAK Sarawak Antara Kelab Gabungan 2009

Pada 06 - 09 Ogos 2009, seramai 11 orang ahli - ahli kelab ini telah menyertai Pertandingan Badminton MAKSAK Sarawak Antara Kelab Gabungan 2009 anjuran Yayasan Sarawak. Pertandingan telah diadakan di Stadium Perpaduan, Petrajaya. Pertandingan ini telah disertai sebanyak 24 pasukan dan setiap kumpulan terdiri daripada kepada 8 pasukan. Pasukan badminton JUPEM telah ditempatkan di kumpulan H bersama - sama PSKPP dan UiTM. Pengurus pasukan badminton JUPEM ialah En. Mohd. Redzuan b. Abd. Rahim. Senarai pemain - pemain badminton JUPEM adalah seperti berikut:

1. Tuan Hj. Anuar b. Hj. Sulaiman
2. En. Jamaludin b. Md. Zin
3. En. Razali b. Hassan
4. En. Suhaili b. Junaidi
5. En. Bong Shau Fui
6. En. Mohd. Fauzan b. Su'ut
7. En. Sarbini b, Annuar
8. Pn. Jimbur Andrew Bugis
9. Pn. Norita bt. Atek
10. Pn. Sabrina Saginal
11. Pn. Rogayah bt. Saili

Perlawanan dimulakan dengan menentang pasukan badminton daripada UiTM. Pasukan kelab ini bermula dengan baik dengan mendahului UiTM dengan 2 - 1. Mata kemenangan pertama diperolehi daripada pasukan bergu veteran kelab yang terdiri daripada Tuan Hj. Anuar b. Hj. Sulaiman dan En. Jamaludin b. Md. Zin. Manakala mata kedua pula diperolehi daripada pasukan bergu lelaki yang diwakili oleh En. Suhaili b. Junaidi dan En. Bong Shau Fui. Walau bagaimanapun UiTM berjaya merapatkan jurang seterusnya memenangi perlawanan tersebut melalui perseorangan wanita, double wanita dan perseorangan lelaki dengan kiraan mata 2 - 3. Pada sebelah petang, pasukan JUPEM menentang pasukan PSKPP di mana pasukan JUPEM kecuncang 0 - 5. JUPEM tewas pada pertandingan tersebut, ia secara tidak langsung menjadi salah satu cara untuk pasukan badminton JUPEM untuk membaiki kelemahan - kelemahan yang ada sebelum ke PESUMA ke-28 nanti.


Saturday, August 1, 2009

Majlis Perpisahan Pn. Rosniza

Untuk makluman semua ahli kelab, pada 30.07.09, kelab ini telah mengadakan Majlis Perpisahan Pn. Rosniza bt. Ahmad di ruang legar Ibu Pejabat JUPEM Sarawak. Beliau telah menganggotai kelab ini hampir 7 tahun iaitu pada tahun 2002 sehingga 2009. Berikut adalah serba sedikit latar belakang beliau untuk makluman semua.
  • Lantikan pertama sebagai Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred F5 dan melaporkan diri di INTAN, Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) Johor pada 08.07.2002.
  • Ditempatkan di JUPEM (Seksyen Topografi Sarawak) dan melaporkan diri pada 15.07.2002.
  • Menerima Anugerah Cemerlang pada tahun 2008.
  • Berpindah dan ditempatkan di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F32 berkuatkuasa pada 02.07.2009 tetapi beliau menangguh sehingga 24.07.2009 kerana ada urusan rasmi yang belum selesai.

Ucapan terakhir Pn. Rosniza


Di antara ahli - ahli kelab yang hadir

Penyampaian cenderahati daripada Tuan Yang Di-Pertua


Bacaan doa oleh En. Saie

Semasa jamuan


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger