Wednesday, July 29, 2009

Karnival Anti rasuah Sarawak 2009

Pada 11-12 Julai 2009, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama dengan Kerajaan Negeri Sarawak, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Kelab Rekreasi Selebriti telah menganjurkan Karnival Anti rasuah Sarawak 2009, bertempat di Padang Merdeka, Sarawak. Bermula seawal jam 8.00 pagi, acara dimulakan dengan senam aerobik bersama selebriti. JUPEM telah turut serta dalam acara ini di mana seramai lebih kurang 10 orang pegawai telah menghadiri acara senam aerobik tersebut.


Antara acara lain diadakan termasuk sukaneka, futsal, larian Anti Rasuah, pameran Anti Rasuah, pameran Automobil, cabutan bertuah dan gerai jualan makanan, . Acara sukaneka, futsal dan larian turut disertai oleh selebriti-selebriti tempatan yang terkenal. Selain daripada itu, Gabungan Wanita Persekutuan yang telah mengadakan gerai jualan makanan di mana terdapat beberapa pegawai daripada JUPEM turut terlibat dengan pengendalian gerai tersebut.






Pada sebelah malam pula persembahan daipada selebriti terkenal telah memeriahkan suasana di lokasi karnival di mana konsert berlangsung sehingga larut malam. Kesimpulannya secara tidak langsung karnival yang berlangsung telah memberikan kesan yang sangat efisyen di mana ia dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan meningkatkan intergriti di kalangan masyarakat atau individu bagi mendapatkan pendedahan yang bernas tentang gejala rasuah.

Monday, July 13, 2009

Hari Pengundian Logo Baru Kelab

Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak telah mengadakan hari pengundian logo baru kelab bagi peringkat Ibu Pejabat JUPEM Sarawak pada 10 Julai 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat JUPEM Sarawak pada jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Manakala bagi peringkat wilayah pula, pengundian telah dibuat pada 13 Julai 2009 di wilayah masing-masing. Seramai 133 orang ahli-ahli kelab telah keluar mengundi untuk pemilihan logo tersebut. Keputusan pengundian telah dimuktamadkan pada 14 Julai 2009 di mana logo rekaan En. Mohd. Redzuan bin Abd. Rahim telah dipilih sebagai pemenang. Keputusan - keputusan lain adalah seperti berikut:

Pemenang Logo Kelab:


1. En. Shahrani bin Toran - 40 Undian
2. En. Rizam bin. Ismail - 28 Undian
3. En. Mohd. Redzuan bin Abd. Rahim - 65 Undian

Pemilihan Singkatan Nama Kelab
1. KSK - 82 Undian
2. KESUBA - 58 Undian











Wednesday, July 8, 2009

Pertandingan Badminton MAKSAK Antara Kelab Gabungan 2009

Kepada semua ahli-ahli kelab KSK JUPEM Sarawak,


Untuk makluman, Kelab Yayasan Sarawak akan menganjurkan Pertandingan Badminton MAKSAK Antara Kelab Gabungan 2009 pada 31 Julai sehingga 7 Ogos 2009 di Gelanggang Badminton PBBS, Petra Jaya Kuching. Di antara objektif pertandingan ini adalah untuk memperkembangkan permainan badminton, membimbing bakat-bakat baru, mempertinggikan taraf pemain, mempelajari teknik permainan dan mengeratkan tali persahabatan di antara pegawai - pegawai kerajaan.
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghantar borang penyertaan melalui Setiausaha atau Penolong Setiausaha (Sukan) KSK JUPEM Sarawak. Penyertaan ini juga boleh dijadikan sebagai "benchmarking" kepada kita sebelum ke PESUMA nanti. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En. Jeffrey Kelimbang Balan di talian 082-492809, email: jeffrekb@sarawaknet.gov.my atau layari laman web http://www.maksak.sarawak.gov.my/ untuk keterangan lanjut.

Pertandingan Ten-Pin Boling " Moonlite Bowling Fun Bowl " semperna Hari Kemerdekaan ke-53

Kepada semua ahli-ahli kelab KSK JUPEM Sarawak,


Untuk makluman semua, CRYSTAL BOWL Sdn. Bhd. akan menganjurkan Pertandingan Ten-Pin Boling " Moonlite Bowling Fun Bowl " semperna Hari Kemerdekaan ke-53. Pertandingan ini akan dijalankan di dalam suasana yang gelap kecuali lampu di Pin Spoter. Pertandingan itu akan diadakan pada hari Ahad 09hb Ogos 2009 (Ahad) pada pukul 10.00 pagi di Crystal Bowl, Taman Satria Jaya, BDC Stampin, Kuching. Yuran kemasukan ialah RM100.00 untuk setiap pasukan (5 orang). Setiap pemain akan bermain 2 game dan pertandingan dijalankan secara berpasukan

Sehubungan itu, sesiapa yang berminat bolehlah menghantar borang penyertaan melalui Setiausaha atau Penolong Setiausaha (Sukan) KSK JUPEM Sarawak sebelum 5hb Ogos 2009. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Lily Roger atau Pn. Betty di talian 082-454345 atau fax 082-570439 untuk keterangan lanjut.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger