Monday, December 1, 2008

Program CitraSihat

Program CitraSihat telah diadakan pada 29 - 30 November 2008 di Padang Merdeka, Kuching. Program ini telah anjuran Kerajaan Negeri Sarawak bersama -sama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dan telah dirasmikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu. Program ini merupakan satu dorongan dan strategi yang digunakan untuk memberi pendedahan dari segi pengetahuan dan kesedaran kepada semua golongan masyarakat dalam usaha membudayakan amalan meningkatkan kualiti kesihatan. Kelab ini juga telah menghantar seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan daripada Ibu Pejabat dan Wilayah I, Kuching. Di antara aktiviti - aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut ialah senamrobik, acara sukaneka dan cabutan bertuah.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger