Monday, May 18, 2009

Pesta Sukan 4 Penjuru ke-4

Pesta Sukan 4 Penjuru ke-4 pada tahun ini telah diadakan pada 30 April sehingga 03 Mei 2009. Pesta sukan ini juga adalah anjuran bersama Pejabat Ukur Topografi Wilayah I, Kuching dan Ibu Pejabat JUPEM Sarawak. Seramai 194 orang peserta telah hadir untuk menyertai pesta sukan pada kali ini yang terdiri daripada kontigen-kontigen Ibu Pejabat JUPEM Sarawak, Pejabat Ukur Topografi Wilayah I, Kuching, Pejabat Ukur Topografi Wilayah II, Miri dan Pejabat Ukur Topografi Wilayah III, Sibu. Pesta Sukan 4 Penjuru ini telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak, Tuan Haji Ramli bin Nor di Auditorium, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching. Sebanyak 8 acara telah dipertandingkan iaitu futsal, badminton, sepak takraw, bola tampar, ping pong, karom, damak dan bowling. Johan keseluruhan pesta sukan pada kali ini telah dimenangi oleh kontigen daripada Pejabat Ukur Topografi Wilayah II, Miri. Piala johan keseluruhan telah disampaikan oleh Yang Di-Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan pada Majlis Makan Malam Penutupan Pesta Sukan 4 Penjuru Ke-4 di Dewan Suarah, Kuching pada 03 Mei 2009.


0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger