Wednesday, May 20, 2009

Pertandingan Mencipta Logo Kelab

Kepada semua ahli-ahli KSK JUPEM Sarawak,

Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak akan mengadakan Pertandingan Mencipta Logo Kelab yang akan digunapakai bagi menggantikan logo kelab yang sedia ada. Oleh itu, kelab ini ingin menjemput seluruh ahli-ahli kelab untuk menyertai pertandingan ini. Syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan adalah seperti berikut:-

Syarat-Syarat Pertandingan
  1. Semua reka cipta logo hendaklah berteraskan kesukanan dan kebajikan.
  2. Para peserta hendaklah memasukkan perkataan atau singkatan Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak mengikut kreativiti di dalam logo yang di reka cipta. Contoh Kelab Sukan dan Kebajikan Ukur Wilayah Persekutuan (KSKUWP) atau Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia (PESUMA).
  3. Semua reka cipta logo hendaklah asli dan tidak dipetik atau diubahsuai daripada logo yang sedia ada.
  4. Semua reka cipta logo tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (Seksyen Topografi Sarawak). Reka cipta logo boleh digunakan semula oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (Seksyen Topografi Sarawak) tanpa sebarang syarat.
  5. Para peserta dihadkan untuk menghantar tiga penyertaan sahaja.
  6. Reka cipta logo hendaklah menggunakan tidak lebih dari tiga (3) warna tidak termasuk warna putih.
  7. Reka cipta logo hendaklah dilukis dengan menggunakan grafik komputer.
  8. Reka cipta logo hendaklah dihantar dalam bentuk cetakan A4 dan Borang Penyertaan. Para peserta juga perlu menghantar reka cipta logo dalam bentuk salinan softcopy.
  9. Setiap reka cipta logo hendaklah disertakan dengan tafsiran bagi setiap simbol atau warna yang digunakan.
  10. Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (Seksyen Topografi Sarawak) tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kerosakan atau apa-apa kos bahan lukisan yang dihantar oleh peserta.
  11. Pihak urus setia berhak menolak sebarang pertanyaan sekiranya didapati tidak memenuhi mana-mana syarat pertandingan.
  12. Keputusan pertandingan akan dibuat oleh panel hakim yang diketuai oleh Yang Di-Pertua Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (Seksyen Topografi Sarawak) dan keputusan adalah muktamad. Pemenang akan dimaklumkan secara bertulis.
  13. Setiap reka cipta logo boleh dihantar melalui pos, atau menghantarnya sendiri, dengan ditulis “Pertandingan Mencipta Logo Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Seksyen Topografi Sarawak)” di bahagian atas muka hadapan sampul berkenaan dan dialamatkan kepada ;

    Urus Setia Pertandingan Mencipta Logo
    Kelab Sukan Dan Kebajikan
    Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia
    Seksyen Topografi Sarawak
    Tingkat 7, Bangunan Sultan Iskandar ,
    Jalan Simpang Tiga,
    93578 Kuching, Sarawak


  14. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada En. Shamiruddin b. Mahammad Azami di talian 082-420763 / 082-420795 atau nombor faks 082-245420 atau e-mail kepada kskjupemswk@gmail.com.
  15. Penyertaan ini dibuka sehingga 22 Jun 2009.
  16. Tarikh penghakiman dijangka dilakukan tidak lewat dari 30 Jun 2009.

Tuesday, May 19, 2009

Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia Ke-28 (PESUMA)

Kepada ahli-ahli KSK JUPEM Sarawak,

Untuk makluman tuan/puan, PESUMA pada tahun ini akan diadakan di Kompleks Sukan Universiti Putra Malaysia, Serdang pada 11 - 14 Disember 2009 dengan Kelab Sukan dan Kebajikan Ukur Wilayah Persekutuan (KSKUWP) selaku tuan rumah. Di antara sukan-sukan yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:-
  1. Bola Sepak
  2. Bola Tampar
  3. Badminton
  4. Bola Jaring (Wanita)
  5. Hoki
  6. Sepak Takraw
  7. Futsal
  8. Pingpong
  9. Karom (Lelaki dan Wanita)
  10. Damak (Lelaki dan Wanita)
Sehubungan itu, senarai nama para peserta yang terpilih mewakili KSK JUPEM Sarawak akan dimaklumkan di dalam masa terdekat.

Monday, May 18, 2009

Pesta Sukan 4 Penjuru ke-4

Pesta Sukan 4 Penjuru ke-4 pada tahun ini telah diadakan pada 30 April sehingga 03 Mei 2009. Pesta sukan ini juga adalah anjuran bersama Pejabat Ukur Topografi Wilayah I, Kuching dan Ibu Pejabat JUPEM Sarawak. Seramai 194 orang peserta telah hadir untuk menyertai pesta sukan pada kali ini yang terdiri daripada kontigen-kontigen Ibu Pejabat JUPEM Sarawak, Pejabat Ukur Topografi Wilayah I, Kuching, Pejabat Ukur Topografi Wilayah II, Miri dan Pejabat Ukur Topografi Wilayah III, Sibu. Pesta Sukan 4 Penjuru ini telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak, Tuan Haji Ramli bin Nor di Auditorium, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching. Sebanyak 8 acara telah dipertandingkan iaitu futsal, badminton, sepak takraw, bola tampar, ping pong, karom, damak dan bowling. Johan keseluruhan pesta sukan pada kali ini telah dimenangi oleh kontigen daripada Pejabat Ukur Topografi Wilayah II, Miri. Piala johan keseluruhan telah disampaikan oleh Yang Di-Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan pada Majlis Makan Malam Penutupan Pesta Sukan 4 Penjuru Ke-4 di Dewan Suarah, Kuching pada 03 Mei 2009.



Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger