Monday, December 1, 2008

Program CitraSihat

Program CitraSihat telah diadakan pada 29 - 30 November 2008 di Padang Merdeka, Kuching. Program ini telah anjuran Kerajaan Negeri Sarawak bersama -sama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dan telah dirasmikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu. Program ini merupakan satu dorongan dan strategi yang digunakan untuk memberi pendedahan dari segi pengetahuan dan kesedaran kepada semua golongan masyarakat dalam usaha membudayakan amalan meningkatkan kualiti kesihatan. Kelab ini juga telah menghantar seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan daripada Ibu Pejabat dan Wilayah I, Kuching. Di antara aktiviti - aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut ialah senamrobik, acara sukaneka dan cabutan bertuah.

Hari Keluarga JUPEM Sarawak 2008 (Ibu Pejabat dan Wilayah I, Kuching)

Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak telah mengadakan Hari Keluarga bagi tahun 2008 pada 08.11.2008. Seramai 287 org telah hadir yang terdiri daripada ahli-ahli kelab daripada Ibu Pejabat dan Pejabat Wilayah I di Santubong Resort. Hari keluarga ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu acara sukaneka yang diadakan pada sebelah pagi dan majlis makan malam. Acara sukaneka ini telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertua, Haji Ramli b. Nor. Terdapat 14 acara yang dipertandingkan pada Hari Keluarga tersebut. Senarai acara adalah seperti berikut:-

1. Mari Mewarna
2. Kelapa Boling
3. Kemarau Melanda
4. Tiup Belon Sehingga Pecah Berganti-Ganti
5. Tiup Belon Sehingga Pecah
6. Tarikku Sayang
7. Bawa Bola Ping Pong Dengan Sudu Berganti-Ganti
8. Bawa Bola Ping Pong Dengan Sudu
9. Rumah Tak Siap
10. Ikatan Kasih Dihati dan Pada Kaki Berpasangan
11. Bola Sepak Pantai
12. Tarik Jangan Tak Tarik
13. Makan Epal
14. GP Joran Botol Plastik


Pada sebelah malam, majlis makan malam telah diadakan dan melibatkan ahli- ahli keluarga kelab. Acara pada malam tersebut adalah seperti Acara Pakaian Beragam, Karaoke dan Cabutan Bertuah.





Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger