Monday, December 1, 2008

Program CitraSihat

Program CitraSihat telah diadakan pada 29 - 30 November 2008 di Padang Merdeka, Kuching. Program ini telah anjuran Kerajaan Negeri Sarawak bersama -sama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dan telah dirasmikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu. Program ini merupakan satu dorongan dan strategi yang digunakan untuk memberi pendedahan dari segi pengetahuan dan kesedaran kepada semua golongan masyarakat dalam usaha membudayakan amalan meningkatkan kualiti kesihatan. Kelab ini juga telah menghantar seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan daripada Ibu Pejabat dan Wilayah I, Kuching. Di antara aktiviti - aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut ialah senamrobik, acara sukaneka dan cabutan bertuah.

Hari Keluarga JUPEM Sarawak 2008 (Ibu Pejabat dan Wilayah I, Kuching)

Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak telah mengadakan Hari Keluarga bagi tahun 2008 pada 08.11.2008. Seramai 287 org telah hadir yang terdiri daripada ahli-ahli kelab daripada Ibu Pejabat dan Pejabat Wilayah I di Santubong Resort. Hari keluarga ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu acara sukaneka yang diadakan pada sebelah pagi dan majlis makan malam. Acara sukaneka ini telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertua, Haji Ramli b. Nor. Terdapat 14 acara yang dipertandingkan pada Hari Keluarga tersebut. Senarai acara adalah seperti berikut:-

1. Mari Mewarna
2. Kelapa Boling
3. Kemarau Melanda
4. Tiup Belon Sehingga Pecah Berganti-Ganti
5. Tiup Belon Sehingga Pecah
6. Tarikku Sayang
7. Bawa Bola Ping Pong Dengan Sudu Berganti-Ganti
8. Bawa Bola Ping Pong Dengan Sudu
9. Rumah Tak Siap
10. Ikatan Kasih Dihati dan Pada Kaki Berpasangan
11. Bola Sepak Pantai
12. Tarik Jangan Tak Tarik
13. Makan Epal
14. GP Joran Botol Plastik


Pada sebelah malam, majlis makan malam telah diadakan dan melibatkan ahli- ahli keluarga kelab. Acara pada malam tersebut adalah seperti Acara Pakaian Beragam, Karaoke dan Cabutan Bertuah.




Sunday, November 30, 2008

Program Derma Darah Anjuran MAKSAK SARAWAK

Kelab ini juga telah menyertai satu kempen derma darah anjuran MAKSAK Sarawak yang telah diadakan pada 06.11.08 bertempat di Kelab MAKSAK Jln Ong Teng Swee. Seramai 17 orang telah menyertai kempen tersebut yang terdiri daripada 16 orang daripada Ibu Pejabat dan 1 daripda Wialah I, Kuching.

Sunday, June 1, 2008

Pesta Sukan 4 Penjuru Ke 3

Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak juga telah menganjurkan Pesta Sukan Empat Penjuru ke-3 pada 30 April 2008 – 03 Mei 2008 bertempat di Kuching. Pesta sukan ini telah disertai oleh kontigen-kontigen daripada Ibu Pejabat JUPEM Sarawak dan Pejabat-pejabat Wilayah yang dianggarkan seramai 150 orang. Upacara Perasmian Pesta Sukan ini telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertua, Tuan Haji Ramli b. Nor di Auditorium, Bangunan Sultan Iskandar. Sebanyak 8 kategori acara sukan telah dipertandingkan dan keputusan Pesta Sukan tersebut adalah seperti berikut:-

Futsal
Pertama : Pejabat Wilayah III, Sibu
Kedua : Pejabat Wilayah I, Kuching
Ketiga : Ibu Pejabat
Keempat : Pejabat Wilayah II Miri

Badminton
Pertama : Ibu Pejabat
Kedua : Pejabat Wilayah II Miri
Ketiga : Pejabat Wilayah III, Sibu
Keempat : Pejabat Wilayah I, Kuching

Sepak Takraw
Pertama : Pejabat Wilayah I, Kuching
Kedua : Pejabat Wilayah III, Sibu
Ketiga : Pejabat Wilayah II Miri
Keempat : Ibu Pejabat

Ping Pong
Pertama : Ibu Pejabat
Kedua : Pejabat Wilayah II Miri
Ketiga : Pejabat Wilayah I, Kuching
Keempat : Pejabat Wilayah III, Sibu

Damak Lelaki
Pertama : Pejabat Wilayah I, Kuching
Kedua : Pejabat Wilayah III, Sibu
Ketiga : Ibu Pejabat
Keempat : Pejabat Wilayah II Miri

Damak Wanita
Pertama : Pn. Norita bt. Atek
Kedua : Pn. Halimahton Saadiah bt. Sulaiman

Karom Lelaki
Pertama : Pejabat Wilayah II Miri
Kedua : Pejabat Wilayah I, Kuching
Ketiga : Ibu Pejabat
Keempat : Pejabat Wilayah III, Sibu

Karom Wanita
Pertama : Hasliana bt. Hadi
Kedua : Pn. Halimahton Saadiah bt. Sulaiman

Bola Tampar
Pertama : Pejabat Wilayah III, Sibu
Kedua : Pejabat Wilayah II Miri
Ketiga : Ibu Pejabat
Keempat : Pejabat Wilayah I, Kuching

Bowling (Individu)
Pertama : En. Sulaiman b. Kassim
Kedua : En. Gordon ak. Tom
Ketiga : Pn. Halimahton Saadiah bt. Sulaiman
Keempat : En. Ayub b. Monseri
Kelima : Pn .Sabrina Saginal

Bowling (Berkumpulan)
Pertama : Kumpulan En. Jamaludin
Kedua : Kumpulan En. Chua Lak Wei
Ketiga : Kumpulan En. Shamsudin


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger