Wednesday, December 16, 2009

PESUMA


Pada 11 - 13 Disember 2009, Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak telah menghantar kontinjen ke Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia (PESUMA) 2009 di Kompleks Sukan Universiti Putra Malaysia, Serdang. PESUMA pada kali ini disertai oleh 15 JUPEM Negeri, INSTUN dan 3 kontinjen jemputan (Jabatan Ukur Negara Brunei Darussalam, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah) melibatkan seramai 1897 orang peserta. Terdapat 17 acara dipertandingkan antaranya bola sepak, sepak takraw, tenis, ping pong, karom, damak, bola jaring, damak bola tampar, futsal, hoki, badminton, bowling, golf, tarik tali dan dam aji.

Upacara Majlis Perasmian PESUMA Ke-28 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup. Kontinjen JUPEM Sarawak telah menghantar 31 orang peserta untuk menyertai PESUMA pada kali ini. Kontinjen JUPEM Sarawak telah menyertai 4 acara iaitu Badminton, Bola Tampar, Damak Lelaki dan Damak Wanita. Walaupun kebanyakan keputusan tidak memihak kepada kontinjen JUPEM Sarawak, secara keseluruhannya prestasi yang ditunjukkan adalah amat membanggakan.




Majlis Penutupan telah diadakan di Stadium Pusat Sukan UPM pada 13 Disember 2009. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Sr Dr. Abdul Kadir b. Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang merangkap Yang Di Pertua Majlis Sukan JUPEM. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh kontinjen daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada Majlis Penutupan itu juga telah diumumkan tuan rumah seterusnya ialah JUPEM Johor.

Saturday, November 28, 2009

Pertandingan Ping Pong Tertutup Ibu Pejabat

Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak telah menganjurkan Pertandingan Ping Pong Tertutup Ibu Pejabat yang berakhir pada 12 November 2009. Pertandingan ini dibuka kepada kategori bergu dan perseorangan, diadakan di tingkat 7, Bangunan Sultan Iskandar, Simpang Tiga. Pertandingan berlangsung selama sebulan dan melibatkan seramai 32 peserta.

Perlawanan perseorangan separuh akhir antara En. Jamaludin melawan En. Redzuan dan En. Shamsuddin menentang En. Briten. En. Redzuan mengalahkan En. Jamaludin 1-3. Manakala En. Shamsuddin menang ke atas En. Briten 3-0.Perlawanan akhir menyaksikan pertembungan dua generasi En. Redzuan menentang En. Shamsuddin. Pada perlawanan sengit ini berlanjutan sehingga permainan set yang kelima (5 set), akhirnya En. Redzuan memberi laluan mudah kepada En. Shamsuddin untuk menjuarai tertutup perseorangan JUPEM Ibu Pejabat.

Pasukan bergu pula, pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir ialah

1. Sarbini/Gordon
2. Shamsuddin/En.Luta
3. Sulaiman/Ramzi
4. Redzuan/L.P.Joo

Pasukan En. Shamsuddin/En.Luta layak ke pusingan akhir setelah menewaskan gandingan En. Sarbini & En. Gordon. Mereka bertemu pasangan En. Redzuan/Pn. Lee Poh Joo yang menewaskan gandingan En. Sulaiman/En. Ramzi.Gandingan mantap antara En. Redzuan & Pn. Lee telah mengalahkan bergu En. Shamsuddin/En.Luta. Setelah mendahului 2-0, gandingan ini memberi kemenangan 1 set kepada bergu En. Shamsuddin/En.Luta sebagai saguhati sebelum menang bergaya 3-1.



Saturday, November 21, 2009

Pertandingan Bowling Tertutup

Pada 20 November 2009, Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak telah menganjurkan Pertandingan Bowling Tertutup di Crystal Bowl, BDC Stampin. Pertandingan ini telah disertai seramai 55 orang dan melibatkan kakitangan serta pasangan daripada Ibu Pejabat JUPEM Sarawak dan Pejabat Ukur Topografi Wilayah I, Kuching. Pertandingan dimulakan pada jam 8.00pm dan dimulakan dengan balingan daripada Yang Di Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak iaitu Tuan Haji Ramli bin Nor sebagai simbolik perasmian pertandingan tersebut.


Keputusan pertandingan bowling ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita. Bagi kategori lelaki telah dimenangi oleh En. Rimong ak. Unau dan kategori wanita dimenangi oleh pasangan Pn. Norizan Binti Abdullah.



Tuesday, November 10, 2009

Pertandingan Ping Pong MAKSAK Sarawak Antara Kelab Gabungan 2009

KSK JUPEM Sarawak telah menyertai Pertandingan Ping Pong MAKSAK yang diadakan pada 07 Novomber 2009 di Stadium MBKS, Kuching. Pasukan ping pong JUPEM Sarawak disertai oleh pasukan lelaki dan wanita. Senarai pemain dan keputusan pertandingan tersebut adalah seperti berikut:






Friday, October 30, 2009

Majlis Perpisahan En. Abdillah dan En. Edwin

Pada 30 Oktober 2009 jam 10.30am, satu majlis perpisahan telah diadakan di ruang legar Ibu Pejabat JUPEM Sarawak bagi meraikan dua orang pegawai daripada JUPEM Sarawak yang akan bertukar iaitu En. Mohd. Abdillah bin Dolbah dan En. Edwin ak. Ranchang. Untuk makluman semua, En. Abdillah telah dinaikkan pangkat ke Juruukur Gred J41 dan akan bertugas di Pejabat Ukur Topografi Wilayah II, Tawau. Manakala En. Edwin pula bertukar ke jabatan lain itu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Cawangan Sarawak). Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Ukur Topografi Sarawak, Haji Ramli bin Nor, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan JUPEM Sarawak.


Tuesday, October 20, 2009

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri

Pada tahun ini, Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak berkesempatan menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri pada 14 Oktober 2009 di Rumah MAKSAK, Jalan Ong Tiang Swee, Kuching Sarawak. Majlis ini diserikan dengan penglibatan setiap zon - zon 5S daripada Ibu Pejabat JUPEM Sarawak dan Pejabat Wilayah I, Kuching untuk menyediakan juadah. Di antara menu yang disajikan oleh setiap zon ialah:-

Zon Bareo : ABC
Zon Kenyalang : Laksa 1Malaysia
Zon Santubong : Mushroom Soup, dalca dan buah-buahan
Zon Mulu : Rendang, ketupat, kelupis dan rojak buah
Zon Niah : Nasi Ayam
Zon Bunga Raya : Laksa Sarawak

Selain itu, pertandingan gerai terbaik antara zon juga telah dijalankan. Panel hakim telah terdiri daripada En. Jamaludin b. Md. Zin selaku ketua hakim dan dibantu oleh En. Luta, En. Shamiruddin dan En Fakhrul Anwar. Keputusan keseluruhan gerai terbaik telah dimenangi oleh Zon Santubong. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Ramli bin Nor pada Hari Kualiti JUPEM Sarawak 2009 pada 28 Oktober 2009 di Auditorium Bangunan Sultan Iskandar.




Tuesday, August 25, 2009

Kepada Ahli - Ahli KSK,

Untuk makluman semua, format borang sumbangan kebajikan telah dipinda. Sehubungan itu, sebarang permohonan sumbangan kebajikan bolehlah menggunakan format terkini.









Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger