Wednesday, December 16, 2009

PESUMA


Pada 11 - 13 Disember 2009, Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak telah menghantar kontinjen ke Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia (PESUMA) 2009 di Kompleks Sukan Universiti Putra Malaysia, Serdang. PESUMA pada kali ini disertai oleh 15 JUPEM Negeri, INSTUN dan 3 kontinjen jemputan (Jabatan Ukur Negara Brunei Darussalam, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah) melibatkan seramai 1897 orang peserta. Terdapat 17 acara dipertandingkan antaranya bola sepak, sepak takraw, tenis, ping pong, karom, damak, bola jaring, damak bola tampar, futsal, hoki, badminton, bowling, golf, tarik tali dan dam aji.

Upacara Majlis Perasmian PESUMA Ke-28 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup. Kontinjen JUPEM Sarawak telah menghantar 31 orang peserta untuk menyertai PESUMA pada kali ini. Kontinjen JUPEM Sarawak telah menyertai 4 acara iaitu Badminton, Bola Tampar, Damak Lelaki dan Damak Wanita. Walaupun kebanyakan keputusan tidak memihak kepada kontinjen JUPEM Sarawak, secara keseluruhannya prestasi yang ditunjukkan adalah amat membanggakan.




Majlis Penutupan telah diadakan di Stadium Pusat Sukan UPM pada 13 Disember 2009. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Sr Dr. Abdul Kadir b. Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang merangkap Yang Di Pertua Majlis Sukan JUPEM. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh kontinjen daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada Majlis Penutupan itu juga telah diumumkan tuan rumah seterusnya ialah JUPEM Johor.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger