Tuesday, June 30, 2009

Pada 20 - 21 Jun 2009, MAKSAK Sarawak telah menganjurkan pertandingan futsal MAKSAK Sarawak Antara Kelab Gabungan 2009. Pertandingan futsal ini telah disertai 26 buah pasukan. Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Sarawak juga tidak ketinggalan menghantar wakil untuk menyertai pertandingan ini. Wakil - wakil daripada kelab adalah seperti berikut :-
  1. Mohd. Ramzi bin Mahmood (Kapten)
  2. Sarbini bin Annuar
  3. Saie bin Mornie
  4. Briten ak. Taha
  5. Mohd. Fauzan bin Su’ut
  6. Alfred Piren
  7. Reagon Primus
  8. Bolhie bin Kaderi

Keputusan perlawanan futsal adalah seperti berikut:

Pertandingan futsal ini telah dimenangi oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan hadiah telah disampaikan oleh Yang Berbahagian Datu Misnu Bin Haji Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak merangkap Pengerusi JK Sukan & Rekreasi Sukan MAKSAK Sarawak.

Tuesday, June 16, 2009

Borang

Kepada ahli-ahli KSK JUPEM Sarawak,

Sebarang urusan-urusan seperti keahlian, sumbangan kebajikan, pembelian, perkhidmatan dan permohonan peralatan sukan perlu menggunakan borang -borang berikut:-









Monday, June 15, 2009

Pengumuman Pertandingan Reka Cipta Logo Kelab

Kepada semua ahli-ahli KSK JUPEM Sarawak,

Untuk makluman semua, terdapat pertambahan spesifikasi pertandingan reka cipta logo kelab di mana dimensi logo yang direkacipta hendak bersaiz 15 cm x 15 cm. Kesulitan amat dikesali. Sekian, terima kasih.

Tuesday, June 9, 2009

Ladies Day Bowling Tournament 2009

Kepada semua ahli-ahli kelab KSK JUPEM Sarawak (Wanita Sahaja) ,

Untuk makluman puan, CRYSTAL BOWL Sdn. Bhd. akan menganjurkan Pertandingan Ten-Pin Boling untuk wanita pada hari Ahad 28hb Jun 2009 pada pukul 10.30 pagi di Crystal Bowl, Taman Satria Jaya, BDC Stampin, Kuching. Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghantar borang penyertaan melalui Setiausaha atau Penolong Setiausaha (Sukan) KSK JUPEM Sarawak sebelum 25th Jun 2009. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Lily Roger atau Pn. Betty di talian 082-454345 atau fax 082-570439 untuk keterangan lanjut.

Thursday, June 4, 2009

Program Menanam Pokok 2009

Pada 30 Mei 2009, MAKSAK Sarawak dengan kerjasama DBKU dan MBKS telah menganjurkan Program Menanam Pokok di mana program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Wilson Baya Dandot, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak merangkap Yang Di-Pertua MAKSAK Sarawak. KSK JUPEM Sarawak juga tidak berkecuali untuk menyertai program ini. Kelab ini telah menghantar tiga (3) orang wakil iaitu En. Bong Kuet Hin, En. Mohd Sufian Omar dan En. Rizam Ismail. Aturcara acara senamrobik beramai-ramai dan disusuli dengan penanaman pokok. Program ini tamat pada 09.30 pagi dengan jamuan ringan.

Pertandingan Sepak Takraw Berpasukan MAKSAK Antara Kelab Gabungan 2009

Kepada semua ahli-ahli kelab KSK JUPEM Sarawak,

Untuk makluman, MAKSAK Sarawak akan menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Berpasukan MAKSAK Antara Kelab Gabungan 2009. Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghantar borang penyertaan melalui Setiausaha atau Penolong Setiausaha (Sukan) KSK JUPEM Sarawak. Penyertaan ini juga boleh dijadikan sebagai "benchmarking" kepada kita sebelum ke PESUMA nanti. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En. Jimmy Chong di talian 082-492809, email: jimmyckk@sarawaknet.gov.my atau layari laman web http://www.maksak.sarawak.gov.my/ untuk keterangan lanjut.



Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Gowns. Powered by Blogger